Touyakaruma’s Weblog

November 27, 2008

10 tips tingkatkan semangat untuk bersenam

Difailkan di bawah: Resepi — touyakaruma @ 3:54 am

Cooling Down

Bertujuan untuk menghalang sebarang otot-otot dan sendi anda daripada berada dalam keadaan tegang. Otot-otot kita akan berada di dalam keadaan tegang selepas bersenam jadi cooling down dapat mengembalikan tubuh kembali ke keadaan asal .

Makan sebelum dan selepas bersenam

Bersenam dengan perut yang kosong bukanlah satu idea yang bijak . Pastikan anda mengambil makanan yang berat dua jam sebelum melakukan senaman dan jangan sesekali melakukan senaman sebelum dua jam selepas makan.

Jangan paksa

Jangan sesekali melakukan senaman melebihi batasan diri anda . Lakukan sekadar yang anda mampu. Walaupun hanya mampu berlari selama 2 minit .

Tidak perlu lama

Tidak perlu melakukan senaman di dalam masa yang lama . Cukup hanya sekadar 10 minit sehari pada peringkat permulaan.

Naik basikal !

Saya tahu anda pun tahu harga minyak dah turun tapi tak bermakna anda tidak perlu jimat minyak . Naiklah basikal sekiranya destinasi yang dituju sekitar kawasan taman perumahan anda .

Minum Air

Melakukan senaman tanpa minum air akan menyebabkan anda rasa dahaga dan kekurangan air . Bahaya tu ! Minumlah air setiap 15 minit ketika melakukan senaman .

Let’s Rock !

Okay … apa yang anda dengar apabila melakukan senaman ? Bahtera Merdeka ? Salah tu … anda perlu dengan lagu yang agak rancak kerana mampu meningkatkan semangat anda .

Ajaklah teman

Adalah lebih baik sekiranya anda melakukan senaman bersama teman , sekurang-kurangnya dengan bersenam bersama teman  anda   tidak  akan kesepian  dan dapat bersaing antara satu sama lain .

“Errr  cik adik dua orang  tu ngah buat apa kat treadmil ? Mengupat ke ?”

Tuala kecil

Tolong arrr janga lupa bawa tuala kecil nie nanti nak lap peluh dengan apa  ?

November 25, 2008

Gym di dalam kehidupan kita

Difailkan di bawah: Pelbagai — touyakaruma @ 11:04 am

1. 30 minit berjalan-jalan di pasar raya bersamaan 25 minit berjalan di atas treadmill berkelajuan 2.0

2.10 minit naik anak tangga bersamaan 9 minit sit up

3. Sejam mengasuh anak atau menjaga adik bersamaan 25 minit mengikuti kelas aerobic

4. Sejam berfikir bersamaan 20 minit mengikuti kelas senam aerobic

5. 30 minit ice-skating bersamaan 15 minit mengikuti spinning class

6. Sejam menata hias rumah bersamaan 30 minit boxing

7. Sejam melakukan pekerjaan domestik bersamaan 30 minit berlari

8. 10 minit memasak dan menyiapkan makanan bersamaan 8 minit berenang gaya dada

9. 20 minit melakukan tarian modem bersamaan 39 minit melakukan latihan yoga

10. Sejam berjalan cepat bersamaan 30 minit melakukan circuit training

11.30 minit berkebun bersamaan 30 minit skipping

November 19, 2008

Menambah kelajuan tumbukan

Difailkan di bawah: Seni Mempertahankan Diri, Sukan — touyakaruma @ 2:00 pm

Kelajuan tumbukan dapat ditambah dengan melakukan latihan dibawah

1. Lukis satu bulatan bewarna merah di kertas A4

2.Terbuk dua buah lubang pada kertas A4 dan gantungkan

3.Tumbukan bulatan merah itu sebanyak 100 kali untuk dua minggu setiap hari

November 10, 2008

Diet bersama pisang

Difailkan di bawah: Semasa, Tips kuruskan badan — touyakaruma @ 9:27 am

Permintaan pisang di Jepun telah meningkat disebabkan oleh sebuah buku yang berjudul Morning Banana Diet yang ditulis oleh seorang ahli farmasi bernama Sumiko Watanabe. Apa yang menariknya buku ini ? Seperti judulnya buku ini memberi tips berdiet dengan memakan pisang ! Di dalam buku ini memberi tips untuk makan pisang setiap pagi sebagai sarapan . Pisang sebenarnya dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan .

Blog di WordPress.com.