Touyakaruma’s Weblog

November 27, 2008

10 tips tingkatkan semangat untuk bersenam

Difailkan di bawah: Resepi — touyakaruma @ 3:54 am

Cooling Down

Bertujuan untuk menghalang sebarang otot-otot dan sendi anda daripada berada dalam keadaan tegang. Otot-otot kita akan berada di dalam keadaan tegang selepas bersenam jadi cooling down dapat mengembalikan tubuh kembali ke keadaan asal .

Makan sebelum dan selepas bersenam

Bersenam dengan perut yang kosong bukanlah satu idea yang bijak . Pastikan anda mengambil makanan yang berat dua jam sebelum melakukan senaman dan jangan sesekali melakukan senaman sebelum dua jam selepas makan.

Jangan paksa

Jangan sesekali melakukan senaman melebihi batasan diri anda . Lakukan sekadar yang anda mampu. Walaupun hanya mampu berlari selama 2 minit .

Tidak perlu lama

Tidak perlu melakukan senaman di dalam masa yang lama . Cukup hanya sekadar 10 minit sehari pada peringkat permulaan.

Naik basikal !

Saya tahu anda pun tahu harga minyak dah turun tapi tak bermakna anda tidak perlu jimat minyak . Naiklah basikal sekiranya destinasi yang dituju sekitar kawasan taman perumahan anda .

Minum Air

Melakukan senaman tanpa minum air akan menyebabkan anda rasa dahaga dan kekurangan air . Bahaya tu ! Minumlah air setiap 15 minit ketika melakukan senaman .

Let’s Rock !

Okay … apa yang anda dengar apabila melakukan senaman ? Bahtera Merdeka ? Salah tu … anda perlu dengan lagu yang agak rancak kerana mampu meningkatkan semangat anda .

Ajaklah teman

Adalah lebih baik sekiranya anda melakukan senaman bersama teman , sekurang-kurangnya dengan bersenam bersama teman  anda   tidak  akan kesepian  dan dapat bersaing antara satu sama lain .

“Errr  cik adik dua orang  tu ngah buat apa kat treadmil ? Mengupat ke ?”

Tuala kecil

Tolong arrr janga lupa bawa tuala kecil nie nanti nak lap peluh dengan apa  ?

No Comments Yet »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. URI Trackback

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.