Touyakaruma’s Weblog

Oktober 20, 2008

Partial Reps

Difailkan di bawah: Kesihatan, Sukan, Tips kuruskan badan — touyakaruma @ 12:16 pm

Siapa yang tidak mahukan tubuh yang langsing dengan otot yang kuat ?  Setiap yang mahukan tubuh seperti ini pasti akan lakukan latihan beban . Latihan beban juga dapat membakar kalori dengan lebih cepat .

Tetapi ramai yang melakukan kesilapan apabila melakukan latihan beban. Ramai daripada kita menggunakan beban yang sama tetapi menambah jumlah ulangan . Saya dulu juga begitu hehehe , jadi bagaimanakah cara yang sesuai ? Cara paling sesuai adalah dengan melakukan partial reps . Partial reps adalah satu teknik yang mengangkat beban dengan jumlah ulangan yang tidak lengkap.

Tahukah anda bahawa sekirannya menggunakan beban yang sama pada masa yang lama ia tidak dapat memberi tekanan kepada tubuh anda . Anda mungkin melakukan latihan yang sia-sia . Jadi adalah lebih baik sekiranya anda meningkatkan berat badan dari satu masa ke satu jangka masa .

Walaubagaimanapun anda tidak digalakan untuk melakukan partial reps secara berterusan pada masa yang sama . Dan jangan sesekali meningkatkan beban secara mengejut . Sebagai contoh dari berat 2Kg ke berat 10kg .

Ogos 24, 2008

Senaman waktu pagi

Difailkan di bawah: Kesihatan, Tips kuruskan badan — touyakaruma @ 11:12 am

Waktu yang seuai untuk melakukan senaman adalah pada waktu pagi . Senaman pada waktu pagi mampu mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya sehingga 24 jam yang akan menggalakkan pembakaran kalori sepanjang hari .

Selain itu latihan kardiovaskular pada waktu ini lebih mudah untuk memecahkan lemak kerana pada waktu ini otot dan glikogen hati serta karbohidrat yang tersimpan pada waktu ini biasanya sangat rendah .

Sumber : Majalah Rapi isu 97

Blog di WordPress.com.