Permintaan pisang di Jepun telah meningkat disebabkan oleh sebuah buku yang berjudul Morning Banana Diet yang ditulis oleh seorang ahli farmasi bernama Sumiko Watanabe. Apa yang menariknya buku ini ? Seperti judulnya buku ini memberi tips berdiet dengan memakan pisang ! Di dalam buku ini memberi tips untuk makan pisang setiap pagi sebagai sarapan . Pisang sebenarnya dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan .
November 10, 2008
Oktober 20, 2008
Partial Reps
Siapa yang tidak mahukan tubuh yang langsing dengan otot yang kuat ? Setiap yang mahukan tubuh seperti ini pasti akan lakukan latihan beban . Latihan beban juga dapat membakar kalori dengan lebih cepat .
Tetapi ramai yang melakukan kesilapan apabila melakukan latihan beban. Ramai daripada kita menggunakan beban yang sama tetapi menambah jumlah ulangan . Saya dulu juga begitu hehehe , jadi bagaimanakah cara yang sesuai ? Cara paling sesuai adalah dengan melakukan partial reps . Partial reps adalah satu teknik yang mengangkat beban dengan jumlah ulangan yang tidak lengkap.
Tahukah anda bahawa sekirannya menggunakan beban yang sama pada masa yang lama ia tidak dapat memberi tekanan kepada tubuh anda . Anda mungkin melakukan latihan yang sia-sia . Jadi adalah lebih baik sekiranya anda meningkatkan berat badan dari satu masa ke satu jangka masa .
Walaubagaimanapun anda tidak digalakan untuk melakukan partial reps secara berterusan pada masa yang sama . Dan jangan sesekali meningkatkan beban secara mengejut . Sebagai contoh dari berat 2Kg ke berat 10kg .
Ogos 24, 2008
Senaman waktu pagi
Waktu yang seuai untuk melakukan senaman adalah pada waktu pagi . Senaman pada waktu pagi mampu mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya sehingga 24 jam yang akan menggalakkan pembakaran kalori sepanjang hari .
Selain itu latihan kardiovaskular pada waktu ini lebih mudah untuk memecahkan lemak kerana pada waktu ini otot dan glikogen hati serta karbohidrat yang tersimpan pada waktu ini biasanya sangat rendah .
Sumber : Majalah Rapi isu 97